Entri
5
Teks: Nor
Izzati Binti Samsudin
Tertarik
dengan status seorang sahabat saya di laman muka buku. Luahan penuh emosi
berkaitan perkataan HORMAT.
“Kalau kita mahu
dihormati, belajar dahulu cara menghormati.
Hidup ini mudah. Apa
yang kita lakukan, itulah yang kita akan dapat”
Bukan mudah
untuk membuatkan orang hormat kepada kita. Tetapi, lebih mudah kita mengasuh
diri kita untuk menghormati orang lain.
Seringkali,
Yang
berpangkat ingin dihormati oleh yang kebanyakan
Yang tua
ingin dihormati oleh yang muda
Yang kaya
ingin dihormati oleh yang miskin
Yang bijak
ingin dihormati oleh yang bodoh
Sedangkan,
Si
kebanyakan, si muda, si miskin dan si bodoh itu juga punya maruah. Mereka juga
punya harga diri yang tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya.
Belajarlah
lebih memahami orang lain. Kerana kita tiada bezanya di sisi Sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment