Entri
20
Teks: Nor Izzati Binti Samsudin
Foto: Carian Google
Cemburu itu fitrah. Setiap orang punya rasa cemburu. Yang berbeza mungkin
cuma pada banyak atau sikitnya rasa cemburu itu.
Cemburu versi saya dan suami mungkin sedikit berbeza dengan pasangan lain.
Bohonglah jika saya katakan tidak ada rasa cemburu dalam hati dan jiwa kami.
Mana mungkin untuk saya melawan fitrah. Cemburu itu ada tapi bahangnya tidaklah
kuat.
Bukan untuk berbangga, tapi boleh dikatakan cemburu bukanlah satu prioriti
dalam hubungan kami. Ada bidalan mengatakan cemburu itu tandanya sayang. Dan
ya, kadangkala saya turut termakan dengannya.
“Macam takde perasaan je laki aku ni, langsung tak
cemburu,
sayang ke tidok?”
Tapi, bila diperhalusi, cemburu itu cuma satu perasaan, sedangkan banyak
lagi cara untuk kita tampilkan rasa sayang kita pada pasangan kita. Tidak perlu
cemburu dijadikan kayu pengukur untuk menilai kasih sayang. Kerana cemburu itu
sendiri boleh jadi peluru yang mematikan rasa kasih dan sayang dalam
perhubungan jika ianya dikawal secara membabi buta.
Secara zahirnya, boleh dikatakan saya tiada pengalaman gaduh berhari-hari,
menangis, merajuk dan sebagainya disebabkan cemburu. Bukanlah kerana saya
percaya 200% pada pasangan saya tapi saya lebih mementingkan rasional sesuatu tindakan
terlebih dahulu. Pernah suatu ketika masa zaman bercintan-cintun dulu saya
terjumpa komen-komen mesra antara si dia dengan seorang perempuan dalam facebook. Berkali-kali saya ulang baca
komen-komen tu. Dan ya, hati saya sakit. Taknak terlalu cepat melatah, saya
minta pendapat officemate saya
merangkap bestfriend saya.
Zaty :
Kak, cer tengok jap komen-komen ni (gelak)
K. Ida : (Tengok)
Dia berbalas komen dengan sape ni?
Zaty :
Ntah. Agak-agak saya boleh cemburu ke, saya macam budak-budak kalo cemburu?
K.
Ida : Memang patut cemburu.
Zaty : Tak macam budak-budak?
K.
Ida : Tak.
Hahaha. Ntah pape kan. Perasaan sendiri pun kena mintak orang consult dulu. Minggu depannya saya jumpa
dia baru saya minta penjelasan.
Zaty :
Bie, ija cemburu la (gelak)
Faizal : Aik? Nape pulak? Macam tak
bersalah je kan soalan dia?
Zaty : Aritu orang nampak Bie reply-reply
komen ngan sapetah kat fb. Kemain
mesra lagi ye.
Faizal : (Gelak) Tu kawan Bie la. Saja je usik-usik
dia. Takde apelah.
Zaty : Gile tak cemburu. Orangnya dah la
cantik.
Faizal : Dia dah ade pakwe la. Nak kawen dah x lama
lagi.
Okay. Case close. Tak payah nak
meroyan lama-lama. Buat penat je. Tu kalo conservation
tu diteruskan lastnya confirm jadi gaduh. Bila dah bergaduh
mula la ada adegan air mata bagai. Drama sangat. Keywordnya cuma satu PERCAYA.
Tak payah nak inquiry banyak-banyak. Tak
payah nak fikir bukan-bukan. Kita minta penjelasan dia dah jelaskan. So, kita
buat-buat percaya jela cakap dia. Tanya banyak-banyak, fikir bukan-bukan pun
bukan boleh mengubah apa-apa kalau betul dia nak menipu.
Kita punya pendapat masing-masing. Mungkin ada yang kata cemburu, gaduh,
merajuk dan sebagainya itu warna-warni perhubungan. Tapi pada saya, kehidupan
seharian itu sudah cukup memenatkan. Tak perlu ditambah lagi rasa penat itu
dengan cemburu buta dan sebagainya yang mengeruhkan lagi keadaan.
Saya dikelilingi kawan-kawan yang masing-masing mempunyai pasangan yang
kuat cemburu. Mungkin, kawan-kawan saya semua cantik-cantik. Sebab tu pakwe dan
hubby masing-masing jadi kuat cemburu. Saya yang tak berapa nak cantik ni duduk
diam-diam sudah. Hahaha.
Apa yang saya lihat, perjalanan kehidupan yang diiringi rasa cemburu
sungguh merimaskan. Pernah waktu belajar dahulu setiap kali kami terpaksa
keluar mencari bahan untuk assignment, setiap
kali itu jugalah kawan saya akan bergaduh dengan pakwenya. Pernah juga suatu
ketika kawan saya terpaksa mengusung pakwenya sekali untuk menjalankan tugasan berkumpulan
sedangkan pakwenya bukanlah satu tempat pengajian dengan kami. Semuanya hanya
kerana rasa cemburu yang sedikit sebanyak berjaya mendominasi rasa percaya
sekaligus menerbitkan rasa sangsi terhadap pasangan.
Ada juga kawan saya yang terpaksa melupakan keinginan memiliki smartphone hanya kerana teman lelakinya
tidak membenarkannya untuk berwhatsapp,
wechat, dan yang seumpama dengannya.
Pelbagai ragam cemburu yang saya lihat dikalangan rakan-rakan saya. Sampaikan
ada yang mengadu annoying dengan
pasangan masing-masing bilamana terpaksa bergaduh kerana cemburukan perkara
yang sama berulang kali.
Pada saya, cemburu itu perlu tapi biarlah berpada dan rasional. Jangan
sampai cemburu itu menjadi racun yang mematikan rasa sayang. Belajarlah
menjadikan cemburu itu baja yang dapat menyemai dan menyuburkan rasa kasih dan cinta.
p/s: Terima kasih pada yang sudi baca hingga ke penghujung kata.